..:: Ku Pilih Dia ::..

~~ Seputih Kemboja Kasihku, Seharum Tanjung Rinduku, Selembar Cinta Ini, Aku Persembahkan Hanya Untukmu, Kerana Kau Pilihanku, Kerana Aku Untuk Kamu ~~

Sunday, September 02, 2007

:: Ku Pilih Dia #59 ::

Kathy tahu dia perlu memberitahu Ree tentang Liza. Dia tahu dia perlu mempertahankan haknya dan dia perlu menyingkirkan Liza. Dia menyedut air tembikai yang dirasakan sangat menyegarkan itu.
“Liza..Liza kau akan terima balasan,” Kathy melemparkan pandangan ke luar restoran. Pucuk dicita ulam mendatang. Dia nampak kelibat Liza berjalan menuju ke arah restoran tempat dia sedang menjamu selera. Bersama Liza adalah lelaki malam tadi. Walaupun dia tidak kelihatan sesegar malam tadi.
“This is my chances,” bisik hatinya.
Kathy memandang mereka dengan ekor mata. Kathy menutup separuh mukanya dengan majalah. Liza pula kelihatan mesra dengan lelaki tadi.
Kathy mengeluarkan telefon bimbitnya, bukan mahu menelefon Ree sebaliknya cuba mencuri mengambil gambar aksi-aksi Liza dan kekasihnya itu. Dia berharap apabila Ree melihat gambar-gambar ini, dia akan sedar betapa selama ini Liza telah mempermainkan dia. Kathy merasa bangga kerana akhirnya tentu dia akan bahagia dengan Ree tanpa Liza durjana itu!

“Darling you know what?” Liza berbisik
“What?”
“I wish you get better by this evening,” Liza meletakkan tangan ke atas peha Ashraf.
“Kenapa?”
“So we can celebrate,” Liza senyum sampai telinga
“Satu hari nak celebrate berapa banyak kali?” Ashraf bertanya
“Ni celebrate atas katil pulak..” Liza ketawa nakal.
“You ni kan, nakal betul la. I lebam-ebam ni pun you nak ambik kesempatan,” dia mencuit hidung Liza.
“Ala..tak boleh ke?” Liza merengek manja
“Boleh…boleh. Kejap lagi kita pegi 7-E” kata Ashraf
“Nak buat apa?” Liza pelik.
“Nak beli LongJack Orang Kampung,” Ashraf ketawa terkekeh-kekeh.
“Apa la you nih,” Liza menampar Ashraf manja
“Adoi…”
“Eh…eh…sakit ke?” Liza menggosok-gosok lengan Ashraf.
“Saje je..” Ashraf ketawa lagi
“So My dear…” Ashraf memandang Liza dengan penuh makna
“so apa?”
“Who’s better in bed? I atau lelaki lembik tu?”
Liza membalas pandangan Ashraf yang begitu menggoda imannya.
“Of course you darling..” bisikan hangat ke telinga Ashraf membuat jiwanya bergetar.
Ashraf tersenyum bangga. Liza turut tersenyum – memang betul pun apa yang dia kata Ashraf lebih hebat.
“Want to have me tonight?” bisik Ashraf
“Apa salahnya?” Liza melentokkan kepalanya ke bahu Ashraf tanpa mempedulikan orang di sekeliling mereka.
“Hey Liza!” Liza terkejut dan berpaling.
Dia terpandangkan Kathy yang sedang berpeluk tubuh memandangnya. Kathy senyum sinis.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Free Web Site Counter
Hit Counters