..:: Ku Pilih Dia ::..

~~ Seputih Kemboja Kasihku, Seharum Tanjung Rinduku, Selembar Cinta Ini, Aku Persembahkan Hanya Untukmu, Kerana Kau Pilihanku, Kerana Aku Untuk Kamu ~~

Thursday, August 25, 2005

:: Ku Pilih Dia :: #32

Tanpa berlengah Sya menutup laptop. Dia tidak mahu lagi melihat sandiwara yang berlaku di hadapannya. Ree masih lagi memandangnya. Sya menyimpan laptop di dalam beg. Dia berlari ke arah keretanya. Masuk sahaja ke dalam kereta, Sya menangis.

"Why me?!!" Sya menjerit. Dan tiba-tiba tingkap kereta di ketuk. Sya memandang keluar. Ree berdiri di luar. Sya memandang Ree. Membaca gerak bibir Ree yang menyuruhnya membuka tingkap. Lama dia membiarkan Ree di situ. Sya akhirnya mengalah.
"Yes.." Sya menyeka air mata
"It's not what you think.."
"Itu Nuar ke?" Sya bertanya
"Sya..please, let me explain.."
"Don't have too. Sya faham kalau Ree ada yang lain.."
"Sya...dia just my close friend,"
"Close friend? Kenapa Ree tak pernah cerita?" Sya senyum sinis
"Sya please don't do this,"
"Sya belum buat apa-apa lagi. I'm not the one who follow you here. In fact we bump into each other. Sya tak salahkan Ree," Sya pandang Ree tajam.
"We talk about this later..please.." Ree merayu
"Leave me alone for a while. I need space, after tonight. I need to clear my mind. Please.." Sya memandang Ree
"As you wish...but please jangan buat benda yang tak patut..come back home. Jangan lari ke mana-mana..."
"I won't..Sya tetap setia pada suami Sya...jangan risau, okay.." Sya mencapai tangan Ree. Mencium tangan Ree.
"Sya pergi dulu, Assalamualaikum.."
"Wa'alaikumsalam.." dan Sya membiarkan Ree berdiri di bahu jalan. Dari cermin pandang belakang Sya memerhatikan Ree. Hatinya sayu. Apa pula selepas ini?


"Ree pergi mana? Lama sangat?" Kathy bertanya
"Pergi kat kereta..teringat something. Barang office.." Ree memberi alasan
"Ree kenal perempuan tadi ke?"
"Perempuan mana pulak ni?"
"Tadi..yang pakai laptop, makan tak habis tu.." terang Kathy
"Itu yang Ree nak cerita tu.." Ree menepuk peha Kathy
"Siapa dia tu?"
"Sepupu Ree.." Ree senyum
"Oh...tapi kenapa dia pandang semacam dekat Ree tadi?" Kathy terus bertanya

"Ala..past story. Tak payahla Kat nak tahu.." Ree menggenggam tangan Kathy
"Ok..as you wish, my love. Yang penting you are mine right now..I love you," Kathy mencium pipi Ree. Ree tergamam.
"Nak jawap I love jugak ke?" katanya dalam hati. Ree telan air liur.
"Do you love me?" Kathy tanya lagi. Ree pandang Kathy. Ree angguk.
"I want you to say it..please," Kathy muncung
"Say what?" Ree membalas pandangan Kathy
"I love you.." Kathy buat muka seposen
"Errm..i love you," jawap Ree perlahan
"Tipu.." Kathy merengek
"Sungguh..."
"Sungguh apa?" Kathy menampar peha Ree
"Sungguh..."
"Sungguh apa?"
"I..I..."
"I apa?"
"I love you too.." Ree pandang tempat lain. Tidak mahu memandang Kathy. Dan rasa bersalah terhadap Sya tiba-tiba menyelinap segenap urat saraf Ree.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Free Web Site Counter
Hit Counters