..:: Ku Pilih Dia ::..

~~ Seputih Kemboja Kasihku, Seharum Tanjung Rinduku, Selembar Cinta Ini, Aku Persembahkan Hanya Untukmu, Kerana Kau Pilihanku, Kerana Aku Untuk Kamu ~~

Wednesday, August 17, 2005

:: Ku Pilih Dia :: #24

"D, Sayang..janganla macam ni.." Liza menarik lengan Ree
"Stop it Liza, please.." Ree memalingkan muka ke arah lain
"D...jangan marah dengan B, B tak salah," Liza terus memujuk
"Saya tak nak dengar apa-apa.." Ree berjalan meninggalkan Liza
"D..please, listen to me first," Liza mengejar Ree dari belakang
Ree buat tidak tahu dengan panggilan Liza. Ree menghampiri kereta.
"Just listen.." Liza menarik lengan Ree
"Fine, apa dia?" Ree menjegilkan matanya pada Liza
"D..percaya tak kalau B cakap yang isteri D masih lagi contact her ex?" Liza tersenyum sinis
"No.."
"Kenapa?"
"Kenapa? Sebab you love to lie.." Ree menekan punat kunci kereta
"Tak percaya? Sorry, this time B tak tipu, she still on dengan her ex..kalau tak percaya tak apa, tunggu sampai D tengok sendiri kecurangan your wife," Liza menjeling
"Whatever, cukup Liza. Jangan nak ganggu mylife lagi..." Ree masuk ke dalam kereta. Kecewa dengan perangai Liza.

Surat khabar NST itu sudah diselak lebih empat,lima kali. Ashraf menanti kemunculan Sya. Selang beberapa saat jam ditengok berkali-kali. Resah menunggu Sya. Cecilia yang dari tadi memerhatikan gelagat Ashraf, tersenyum sendiri.
"Ashraf?!" terkejut Sya melihat Ashraf yang sedang duduk di lobi pejabatnya.
"Ash dah kata, Ash akan tunggu Sya..."
"But..." Sya garu kepala
"But what? Ada date lain ke?"
"No..but.."
"No but..drink is on me.." Ashraf menarik briefcase dari tangan Sya
"Ashraf.." Sya memandang Cecilia yang sedang memerhatikan mereka
"Ala..sekali-sekala.." Ashraf berjalan ke pintu utama
"Ash, wait.." Sya mengejar Ashraf dari belakang
"Actually, i'm not free this evening, kalau nak minum lepak-lepak..i'm really sorry," Sya teringatkan Ree yang akan menjemputnya petang ini
"Tak kisah la, the cafe depan tu aje..kita tapau aje.." Ashraf menarik lengan Sya melintas jalan
Sya terkejut dengan tindakan Ashraf, lembut dia menariklengannya kembali.
"Hot choc?" Ashraf tersenyum memandang Sya
"As always.." Sya membalas senyuman Ashraf. Ashraf ketawa kecil, dia tidak pernah lupa minuman kegemaran Sya di San Francisco Coffee Cafe.
"Thanks.." bekas minuman itu bertukar tangan.
"So bila kita boleh duduk berbual?" tanya Ashraf ketika mereka melangkah keluar dari SFCC
"Tengoklah nanti, kalau Sya tak busy,"
"Sya dari dulu sampai sekarang, busy memanjang..doktor pun tak busy macam ni.." Ashraf perli
"Itu doktor....hmm..mintak beg," Sya menarik briefcasenya dari tangan Ashraf
"I'll walk you to your car.."
"Eh tak payah. Today, i''m not driving.."
"Habis tu? Balik naik cab? Nak Ash hantar?" beriya-iya Ashraf mengajak Sya pulang dengannya
"No thanks..my hubby going to fetch me.." Sya tersenyum, memanjangkan leher ke arah tempat letak kereta. Bimbang jika Ree nampak dia dan Ashraf.
"Ok than..maybe next time.." Ashraf memendang wajah Sya, menyapu bersih wajah manis itu.
"You look so beautiful," bisik Ashraf ke telinga Sya
"Ash..please, i'm married.." Sya menolak Ashraf, bau 'after shave' yang Ashraf gunakan menusuk ke dalam hidung. Sya memandang ke tempat lain, dia cukup suka akan haruman 'asfter shave' Ashraf.
"Gotta go..Assalamualaikum.." Sya meninggalkan Ashraf yang masih berdiri di hadapan SFCC, Sya tidak mahu berpaling melihat lelaki itu.

"Sorry, lambat..pergi beli ni.." Sya masuk ke dalam kereta. Ree bermuka masam
"Ree..sorry.." Sya mencium pipi Ree
"Pergi mana?" Ree membuka mulut, tetapi kereta masih lagi tidak bergerak
"Beli hot choc.."
"Dengan siapa?" Ree pandang Sya dengan muka garang
"Dengan kawan..ala..jangan la marah, bukan Sya pergi mana pun. Kita balik ye..sorry Sya tak beli untuk Ree, Ree tak suka SFCC.." Sya menyengih
Ree pandang Sya. Sya melarikan anak matanya. Ree nampak ke dia dengan Ashraf tadi? Matilah kalau dia tahu..Sya meneguk hot chocolate yang masih panas lagi. Rasa lain macam pula.
"Ree..malam ni nak makan apa?" Sya memberanikan diri bertanya. Ree tidak menjawap soalannya. Sya tahu Ree sedang marah.
Baik aku senyap, kalau cakap lebih-lebih kang kena lanyak...tak pasal aje. Nanti dia okay la tu...Sya memandang Ree yang sedang memandu.
"Please don't stare at me.." Ree membulatkan mata
Sya telan air liur. Dia nampak la tu!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Free Web Site Counter
Hit Counters